Private Coaching Pakciklocation
Private Coaching (Max 4 Pax)
RM5,480 (Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan & Melaka)
RM5,980 (Johor, Pahang & Perak)
RM6,280 (Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis & Pulau Pinang)
RM1,000 (Tambahan Untuk Setiap Peserta)
Perbezaaan Harga Disebabkan Kos Pengangkutan & Penginapan.
Harga adalah untuk 1 entiti bisnes berdaftar sahaja
Termasuk kehadiran maksima 4 orang: Founder, Co-Founder & Pengurus
Tambahan RM1,000 untuk setiap peserta jika melebihi 4 orang.
Sasaran Peserta:
Modul ini sesuai untuk:
Pemilik Bisnes Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS)
Pengasas & Pengasas Bersama
Pengurus Pemasaran atau Jualan yang mengurus kehadiran digital dan pelanggan.
Mod Latihan:
Latihan Bersemuka (Coaching & Hands-on)
Bahasa Penyampaian:
Bahasa Malaysia (dengan istilah teknikal dalam Bahasa Inggeris)
1. Pengenalan Program
Modul ini direka khusus untuk membantu pemilik bisnes memahami dan mengoptimumkan kehadiran digital bisnes mereka di platform Google Business Profile (GBP) dengan menggunakan rangka kerja khas yang dinamakan Konsep Pakciklocation.
Bimbingan ini menekankan kepada aplikasi terus secara praktikal, termasuk pemilihan kata kunci, integrasi aplikasi digital serta pengisian lengkap GBP secara kendiri.
2. Objektif Latihan
Di akhir program, peserta akan mampu:
Memahami struktur penuh dan kepentingan strategik Google Business Profile (GBP) dalam dunia digital.
Mengenal pasti dan memilih kata kunci utama berdasarkan data carian pengguna tempatan.
Mengisi dan mengoptimumkan semua bahagian penting dalam GBP dengan strategi Pakciklocation.
Mengintegrasikan aplikasi luar seperti Linktree, Payment Gateway, WhatsApp Link dan halaman pendaratan (landing page) ke dalam GBP.
Membangun keupayaan kendiri untuk menyelenggara GBP tanpa kebergantungan kepada pihak ketiga.
3. Kaedah Pelaksanaan Latihan
Jumlah Jam Latihan: 16 Jam (2 Hari)
Masa: 9.00 pagi – 6.00 pm (termasuk 1 jam rehat tengah hari dan 2 rehat pendek)
Kaedah Penyampaian:
20% Teori
80% Latihan Praktikal
Menggunakan papan putih, demo langsung, laptop dan pengisian terus pada akaun gmail peserta.
4. Pendekatan Latihan
Bimbingan secara personal (coaching 1-to-1 atau kumpulan kecil)
Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah (problem-based learning)
Aplikasi terus di dalam akaun sebenar peserta
Penggunaan rangka kerja eksklusif Pakciklocation
Demonstrasi langsung dan perbincangan interaktif
5. Penilaian & Tindakan Susulan
Penilaian awal: Semakan kesediaan digital bisnes peserta
Penilaian akhir: Skor kelengkapan GBP & penilaian keberkesanan kata kunci
Tindakan susulan (pilihan): Audit selepas 40 hari