Sasaran Peserta.
Modul ini sesuai untuk pasukan kecil yang terlibat dengan operasi, marketing dan pelanggan.
- Pemilik Bisnes Mikro, Kecil Dan Sederhana (PKS).
- Founder Dan Co-Founder.
- Pengurus Marketing Atau Jualan Yang Mengurus Kehadiran Digital Dan Pelanggan.
Bahasa Penyampaian: Bahasa Malaysia, Dengan Istilah Teknikal Dalam Bahasa Inggeris.
Apa Fokus Coaching Ini?
Program ini membantu peserta memahami dan mengoptimumkan Google Business Profile (GBP) menggunakan Konsep Pakciklocation. Fokusnya ialah aplikasi terus secara praktikal, bukan sekadar teori.
Asas Yang Betul
- Fahami struktur GBP dan peranan strategik untuk bisnes berpremis.
- Jaga Relevance, Distance, Prominence secara berintegriti.
Hands-On Pada Akaun Sebenar
- Pengisian dan penyusunan bahagian penting GBP secara tersusun.
- Penambahbaikan yang lebih praktikal dan lebih mudah dijaga selepas sesi.
Keyword Dan Integrasi
- Pemilihan keyword utama berpandukan data carian pengguna tempatan.
- Integrasi aplikasi sokongan seperti Linktree, payment gateway, WhatsApp link dan landing page.
Keupayaan Kendiri
- Bina sistem supaya pasukan boleh maintain GBP tanpa bergantung pada pihak ketiga.
- Kurangkan risiko UOPS bila GBP dibiarkan sunyi.
Kaedah Pelaksanaan.
Sesi ini dibina supaya peserta betul-betul buat, bukan sekadar faham.
- Jumlah Jam: 16 jam, 2 hari.
- Masa: 9.00 pagi hingga 6.00 petang, termasuk rehat tengah hari dan rehat pendek.
- Kaedah: 20% teori, 80% latihan praktikal.
- Peralatan: Papan putih, demo langsung, laptop dan pengisian terus pada akaun Gmail peserta.
- Pendekatan: Coaching 1-to-1 atau kumpulan kecil, problem-based learning dan perbincangan interaktif.
Tindakan Susulan (Pilihan): Audit selepas 40 hari.
Harga Private Coaching.
Harga bergantung kepada lokasi coaching. Perbezaan harga biasanya dipengaruhi kos pengangkutan dan penginapan.
- RM7,480 untuk Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
- RM7,980 untuk Johor, Pahang dan Perak.
- RM8,280 untuk Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
- RM2,000 tambahan untuk setiap peserta jika melebihi 4 orang.
Termasuk kehadiran maksimum 4 orang seperti Founder, Co-Founder dan Pengurus.
Soalan Lazim.
Siapa Yang Sesuai Ambil Private Coaching Ini?
Owner bisnes berpremis yang mahu bimbingan bersemuka, hands-on dan fokus pada akaun sebenar. Sesuai untuk pasukan kecil yang perlukan disiplin kerja dan hala tuju yang jelas untuk GBP.
Berapa Ramai Peserta Yang Boleh Hadir?
Maksimum 4 peserta untuk satu entiti bisnes berdaftar. Jika lebih, ada caj tambahan untuk setiap peserta.
Adakah Coaching Ini Ajar Sampai Boleh Buat Sendiri?
Fokusnya ialah bina keupayaan kendiri. Peserta dibimbing supaya lebih tersusun, lebih yakin dan lebih konsisten mengurus GBP selepas sesi.
Sesi Ini Online Atau Bersemuka?
Sesi ini bersemuka. Fokusnya ialah coaching dan hands-on supaya tindakan dibuat terus pada akaun sebenar peserta.
Kenapa Harga Berbeza Ikut Negeri?
Perbezaan harga biasanya berkait kos pengangkutan dan penginapan mengikut lokasi sesi.
Mulakan Sekarang.
Private Coaching ini sesuai bila anda mahu GBP berfungsi dengan disiplin yang betul. Bila asas kemas, Relevance lebih jelas, Prominence lebih stabil dan UOPS lebih mudah dikurangkan.