Syarat utama.
Penyelenggaraan dibina untuk GBP yang sudah siap asasnya. Tujuannya untuk jaga konsistensi, bukan buat kerja rescue berulang setiap bulan.
- GBP telah optimise sepenuhnya.
- Sudah hadir Workshop Pakciklocation atau Private Coaching.
- Jika belum, sila ambil Servis Optimise GBP terlebih dahulu.
Apa yang diuruskan setiap bulan.
Ini rutin yang menjaga signal dan trust supaya GBP bukan sekadar “ada”, tetapi “berfungsi”.
Post update
- 4 post update di GBP, 1 setiap minggu.
- Gaya penulisan ikut SEO lokasi dan identiti bisnes.
- Gambar dan info disediakan oleh klien. Jika tiada, post dibuat secara umum ikut niche bisnes.
Review management
- Jawab review pelanggan secara manual, tersusun dan sopan.
- Maksimum 20 review sehari. Jika lebih, disambung ke hari berikutnya.
Pemantauan harian
- Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti am.
- Notifikasi akan dimaklumkan jika info berubah, review spam atau negatif masuk, profil disyaki digantung atau disenyapkan.
Laporan mingguan
- Ringkasan aktiviti dan cadangan tindakan jika perlu.
- Owner nampak apa yang berlaku, bukan meneka-neka.
Kenapa Penyelenggaraan Ini Penting?
Relevance dijaga melalui konsistensi. Prominence dijaga melalui trust signal yang hidup. Distance tidak dimanipulasi, kita jaga apa yang patut dijaga.
- Terjaga. GBP tidak bersawang, tidak sunyi sepi lagi.
- Monitor. Alert penting dipantau setiap hari bekerja.
- Aktif. GBP kekal hidup dan relevan dalam carian Google Maps.
- Bersih. Tiada review palsu atau teknik manipulasi.
- Ikhlas. Berdiri atas integriti digital jangka panjang.
Banyak bisnes hilang peluang organik secara senyap bila GBP dibiarkan. Itu yang Pakciklocation panggil Unrealised Organic Potential Sales (UOPS), jualan organik yang sepatutnya boleh berlaku tetapi terlepas sebab GBP tidak dipelihara.
Pelan harga.
Harga ini untuk 1 Google Business Profile (GBP) sahaja. Jika ada lebih dari satu lokasi atau cawangan, setiap profil dikira sebagai unit berasingan.
- Pakej 3 bulan. RM1,500 (RM500/bulan).
- Pakej 6 bulan. RM2,700 (RM450/bulan).
- Pakej 9 bulan. RM3,600 (RM400/bulan).
Soalan lazim.
Servis ini sesuai untuk siapa?
Servis ini sesuai untuk owner bisnes berpremis yang mahu GBP sentiasa terjaga tetapi tidak ada masa untuk pantau, jawab review dan pastikan profile kekal aktif setiap bulan.
Adakah penyelenggaraan ini menggantikan optimise?
Penyelenggaraan menjaga konsistensi selepas asas GBP sudah kemas. Bila asas tidak kemas, prestasi biasanya turun naik dan penyelenggaraan jadi tidak stabil.
Adakah servis ini patuh guideline Google?
Ya. Pendekatan Pakciklocation menekankan ketepatan maklumat, disiplin pengurusan dan signal yang selamat untuk jangka panjang.
Kenapa review dan post perlu konsisten?
Konsistensi membina kepercayaan pelanggan dan membantu GBP kekal relevan dalam carian. Ini mengurangkan risiko UOPS bila pelanggan sudah mencari tetapi tidak bertindak.
Apa yang diperlukan untuk servis berjalan dengan berkesan?
Keberkesanan bergantung pada kejelasan maklumat bisnes dan kerjasama asas supaya GBP kekal konsisten. Bila identiti bisnes jelas, penyelenggaraan jadi lebih stabil dan lebih berfungsi.
Mulakan sekarang.
Servis ini sesuai bila anda mahu GBP kekal hidup, kekal dipercayai dan tidak bocor peluang organik secara senyap.