Optimise GBP Bersaka Pakciklocation
Optimise GBP Bersaka Pakciklocation
Optimise Google Business Profile Bersaka Pakciklocation
Setiap kali pelanggan berpotensi mencari bisnes melalui Google, maklumat yang dipaparkan melalui GBP adalah gambaran secara langsung pada kredibiliti bisnes.
Profil yang tidak dioptimise akan menimbulkan keraguan dan memberi persepsi negatif terhadap branding bisnes.
Optimise Google Business Profile - Bersaka Pakciklocation direka khas berdasarkan modul rasmi Workshop Pakciklocation Level 1 dan Level 2.
Ia merangkumi analisis menyeluruh, pemilihan kata kunci strategik dan integrasi sokongan seperti Linktree serta WhatsApp Link Call To Action (CTA).
Semua ini dilakukan secara profesional dan berpandukan pengalaman bersama lebih 400 klien dari pelbagai industri sejak 2017.
Servis ini merangkumi perkara berikut:
- Audit penuh terhadap profil GBP sedia ada.
- Penyelidikan kata kunci menggunakan Google Trends berdasarkan lokasi dan industri.
- Penstrukturan semula maklumat bisnes berdasarkan prinsip SEO tempatan.
- Integrasi saluran komunikasi seperti pautan WhatsApp dan profil media sosial.
- Penyusunan semula konten termasuk gambar, produk, perkhidmatan dan review pelanggan.
- Semakan akhir untuk memastikan GBP tampil lengkap, dipercayai dan responsif kepada keperluan pelanggan sebenar.
Tempoh pelaksanaan:
- Maksima 14 hari bekerja bergantung kepada maklumat yang disediakan oleh klien.
- Yuran perkhidmatan ialah RM2,900 untuk satu GBP.
Servis ini amat sesuai:
- Bisnes berpremis yang ingin memulakan langkah digital secara strategik dan berintegriti, tanpa bergantung kepada iklan berbayar atau strategi manipulatif.
- Setelah profil dioptimumkan sepenuhnya, pihak tuan boleh memilih untuk menyambung dengan servis penyelenggaraan bulanan kami iaitu GBP Bersaka Pakciklocation demi memastikan GBP kekal aktif dan kompetitif.
Sekiranya anda telah bersedia untuk memulakan proses ini, pendaftaran dan pembayaran penuh boleh dilakukan terus di bawah: